Wednesday 2 September 2015

Bab 4 : Keadaan dan Khazanah Muzium Kota Johor Lama

4.1. Keadaan muzium Kota Johor Lama


       Pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Syah II(Sultan Johor Kedua 1528-1564). Baginda telah membina sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambak dengan tanah yang kini dikenali sebagai Kota Johor Lama. Salah satu batu yang digunakan adalah batu karang yang diambil dari dasar laut. Binaan kubu ini dikatakan sangat kukuh hingga tak boleh pecah walaupun terkena peluru meriam.

     
    Mengikut kajian kami , Muzium Kota Johor Lama merupakan sebuah muzium yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan). Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Muzium ini mula dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007. Selain itu , kami mendapati rekabentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dibangunkan secara 'insitu' di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting dalam perkembangan sejarah negara.




        Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Selain itu , episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor.


     Kumpulan kami membuat rujukan dan mendapati ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa segmen bermula dengan pengenalan Kota Johor Lama sehinggalah kajian-kajian arkeologi yang telah dijalankan di dalam kawasan kota ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara. Hal ini , dapat meningkatkatkan semangat patriotisme kepada semua rakyat , bangsa dan negara.



 










No comments:

Post a Comment