Friday 11 September 2015

ISI KANDUNGAN : 


BAB 1 : SEJARAH KOTA JOHOR LAMA 

 1.1 LATAR BELAKANG :

 Kota Johor Lama terletak tepi sungai johor dan menghadap ke laut china selatan . Selepas tewas di tangan di portugis pada tahun 1511 . Kota ini adalah pusat pemerintahan yang awal di bina . Ini kerana menggantikan Melaka yang telah di takluk . Mengikut cerita sejarah , kota ini telah di bina pada tahun 1540 oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II . Putera kepada Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka yang terakhir . 


  Sebeleum kota ini di bina , baginda mendahulukan pusat pemerintahan di kota kara . Sayangnya tidak bertahan lama kerana sering diganggu dan di serang oleh portugis dari Melaka . Lokasi kota kara tidak jauh dari kota kara . 



KUBU KOTA JOHOR LAMA 

Gambar diatas adalah kubu pertahanan . Pada pandangan kami , kubu ini di bina bertujuan untuk peperangan yang berlaku . Menurut ceritanya ,kampung makam pada kurun ke 17 , adalah pusat pemerintahan kerajaan melayu Johor-Riau . Sedangkan pada kurun ke 16 , merupakan pusat pemerintahan kerajaan melayu Johor-Riau selepas Melaka tewas di tangan portugis .

 Pada pengetahuan kami , pada tahun 1511 melaka di tewaskan oleh portugis .
Sultan Mahmud Syah adalah merupakan sultan melayu terakhir telah berundur dan membuka beberapa tempat pusat pemerintahan . Pandangan kami terhadap sejarah tersebut , baginda dan pengikutnya terpaksa berpindah kerana sering di serang oleh Portugis . Di samping itu , pusat pemerintahan  yang telah di bina di musnahkan dan di bakar oleh Portugis . Mengikut pandangan kami , ini kerana pembalasan raja melayu yang tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat yang setia .




Pada pandangan kami , Sultan Mahmud Syah telah memerintah sebuah empayar yang cukup terkenal di alam Melayu . Akibat kezalimannya , terhadap rakyatnya , akhirnya baginda telah terima balasan yang termaktub dalam waadat antara sang sapurba dengan demang lebar daun . Menurut lagi baginda bagaikan hilang negeri selain itu tak ubah seperti pelarian , kerana berlari merata tempat kerana ingin mengelak daripada di kejar oleh tentera portugis . Akhir , baginda bersemanyam di kampar dan mangkat di situ . Mengikut kepercayaan , masih wujud makam baginda . 

  Setelah kemangkatan  Sultan Mahmud Syah , putera baginda yang bernama Raja Ali telah di tabalkan Sultan yang bergelar Sultan Alauddin Syah II .  Dari tahun 1928 - 1564 baginda memerintah . Menurut sejarah , setelah ditabalkan sebagai sultan , sultan Alauddin syah II , telah kembali ke johor . Pada tahun 1535 baginda telah membuka pusat pemerintahan di Kota Kara . Disebabka n beberapa masalah pusat pemerintahnya telah bepindah ke kota johor lama .

  Tentera Acheh telah menyerang kota tersebut pada 1564 .Angkara serangan yang hebat , tentera johor tewas dan Sultan Alauddin Syah telah ditawan dan dibawa ke Acheh . Baginda tamat pada tahun yang sama . Selepas kemangkatan baginda , putera baginda mengambil alih dan bergelar Sultan Muzaffar Syah II . Pada pengetahuan kami , baginda telah membina pusat pemerintahan di Seluyud . Ketika pusat pemerintahan Sultan Ali Jallah Abdul Jalil Syah pada tahun 1571-1597 kota johor lama telah kembali menjadi pusat pemerintahan . Padangan kami , baginda berusaha untuk memperkukuhkan pusat pemerintahan daripada di serang portugis mahupun Acheh .

 Pada tahun 1587 , tentera portugis telah melancarkan serangan besar besaran di Melaka .  Pada pendapat kami , lebih kurang sebulan kota ini di kepong .
Akhirnya menyerah kalah dan berundur . Portugis tidak pernah mengalah . Setelah kota berjaya di tawan , portugis musnahkan tempat tersebut . 







No comments:

Post a Comment