Sunday 13 September 2015

  1 PENGENALAN
Assalamualaikum , kami pelajar dari Politeknik Merlimau Melaka , Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Program DEP1A akan menyiapkan satu blogger yang berkaitan sejarah malaysia iatu Muzium Kota Johor lama.Blogger ini diwujudkan untuk kerja khusus ,pengajian malaysia dengan pensyarah Puan Marhayu binti abdul jamai .        Di samping itu , pelbagai tujuan mewujudkan satu blogger ini . Hal ini dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri . Pelbagai kisah dan sejarah menarik akan di kemaskinikan di blogger kami . Dari semasa ke semasa kami akan mengemaskinikan blogger . Di harap anda semua memberi kami sokongan .


  blogger ini kami telah memilih tajuk muzium kota lama johor sebab muzium tersebut dapat memberi maklumat dan gambaran yang jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor.

Saturday 12 September 2015

1.1 OBJEKTIF : 

1. Mengetahui sejarah yang berkaitan dengan latar belakang kota dan asal usul johor .
 2. Membincangkan kisah tokoh kota johor lama yang menjadi pengasas kota johor lama .
3. Menerangkan tentang kejatuhan empayar johor pada zaman dahulu .
4. Membincangkan hal keadaan dan khazanah pada zaman dahulu di Muzium kota johor lama .
5. Menerangkan kesan kesan patriotisme kepada golong remaja , masyarakat dan negara




Friday 11 September 2015

ISI KANDUNGAN : 


BAB 1 : SEJARAH KOTA JOHOR LAMA 

 1.1 LATAR BELAKANG :

 Kota Johor Lama terletak tepi sungai johor dan menghadap ke laut china selatan . Selepas tewas di tangan di portugis pada tahun 1511 . Kota ini adalah pusat pemerintahan yang awal di bina . Ini kerana menggantikan Melaka yang telah di takluk . Mengikut cerita sejarah , kota ini telah di bina pada tahun 1540 oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II . Putera kepada Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka yang terakhir . 


  Sebeleum kota ini di bina , baginda mendahulukan pusat pemerintahan di kota kara . Sayangnya tidak bertahan lama kerana sering diganggu dan di serang oleh portugis dari Melaka . Lokasi kota kara tidak jauh dari kota kara . 



KUBU KOTA JOHOR LAMA 

Gambar diatas adalah kubu pertahanan . Pada pandangan kami , kubu ini di bina bertujuan untuk peperangan yang berlaku . Menurut ceritanya ,kampung makam pada kurun ke 17 , adalah pusat pemerintahan kerajaan melayu Johor-Riau . Sedangkan pada kurun ke 16 , merupakan pusat pemerintahan kerajaan melayu Johor-Riau selepas Melaka tewas di tangan portugis .

 Pada pengetahuan kami , pada tahun 1511 melaka di tewaskan oleh portugis .
Sultan Mahmud Syah adalah merupakan sultan melayu terakhir telah berundur dan membuka beberapa tempat pusat pemerintahan . Pandangan kami terhadap sejarah tersebut , baginda dan pengikutnya terpaksa berpindah kerana sering di serang oleh Portugis . Di samping itu , pusat pemerintahan  yang telah di bina di musnahkan dan di bakar oleh Portugis . Mengikut pandangan kami , ini kerana pembalasan raja melayu yang tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat yang setia .




Pada pandangan kami , Sultan Mahmud Syah telah memerintah sebuah empayar yang cukup terkenal di alam Melayu . Akibat kezalimannya , terhadap rakyatnya , akhirnya baginda telah terima balasan yang termaktub dalam waadat antara sang sapurba dengan demang lebar daun . Menurut lagi baginda bagaikan hilang negeri selain itu tak ubah seperti pelarian , kerana berlari merata tempat kerana ingin mengelak daripada di kejar oleh tentera portugis . Akhir , baginda bersemanyam di kampar dan mangkat di situ . Mengikut kepercayaan , masih wujud makam baginda . 

  Setelah kemangkatan  Sultan Mahmud Syah , putera baginda yang bernama Raja Ali telah di tabalkan Sultan yang bergelar Sultan Alauddin Syah II .  Dari tahun 1928 - 1564 baginda memerintah . Menurut sejarah , setelah ditabalkan sebagai sultan , sultan Alauddin syah II , telah kembali ke johor . Pada tahun 1535 baginda telah membuka pusat pemerintahan di Kota Kara . Disebabka n beberapa masalah pusat pemerintahnya telah bepindah ke kota johor lama .

  Tentera Acheh telah menyerang kota tersebut pada 1564 .Angkara serangan yang hebat , tentera johor tewas dan Sultan Alauddin Syah telah ditawan dan dibawa ke Acheh . Baginda tamat pada tahun yang sama . Selepas kemangkatan baginda , putera baginda mengambil alih dan bergelar Sultan Muzaffar Syah II . Pada pengetahuan kami , baginda telah membina pusat pemerintahan di Seluyud . Ketika pusat pemerintahan Sultan Ali Jallah Abdul Jalil Syah pada tahun 1571-1597 kota johor lama telah kembali menjadi pusat pemerintahan . Padangan kami , baginda berusaha untuk memperkukuhkan pusat pemerintahan daripada di serang portugis mahupun Acheh .

 Pada tahun 1587 , tentera portugis telah melancarkan serangan besar besaran di Melaka .  Pada pendapat kami , lebih kurang sebulan kota ini di kepong .
Akhirnya menyerah kalah dan berundur . Portugis tidak pernah mengalah . Setelah kota berjaya di tawan , portugis musnahkan tempat tersebut . 







Thursday 10 September 2015



1.2 ASAL USUL JOHOR LAMA   

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Pada pengetahuan kami,Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Kini, Johor merupakan salah satu negeri yang membangun dan maju di malaysia kerana ia bersempadan dengan Melaka, Pahang dan Singapura.

Wednesday 9 September 2015

BAB 2 : Tokoh Muzium Kota Johor Lama 

2.1 Pengasas Kota Johor Lama
  Dalam sejarah kota johor lama sudah tentu ada tokoh yang mewujudkan pusat pemerintahan . Dalam sejarah ini kami mengambil tokoh SULTAN MAHMUD SYAH II . Pada pandangan kami terhadap tokoh sejarah tersebut , baginda adalah telah berusaha untuk mendiri satu empayar dan pusat pemerintahan yang gah . 
 
 Sultan Mahmud Syah ialah Raja Mahmud , itu adalah nama asal baginda . Baginda ialah sultan johor yang ke 10 . Bagnda memerintah pada tahun 1685 - 1699 . Pada usia 10 tahun bagimda telah ditabalkan . Pada pengetahuan sejarah kami , baginda ialah keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah II iatu raja pertama yang membuka johor lama pada tahun 1530  .
 
 Dari sudut pemerintahan , ketika hayat baginda , bendahara telah menguruskan urusan pentadbiran . Pada pandangan kami , pusat pemerintahan di kota tinggi dan di johor telah dijadikan istana hinggap . Pada pengetahuan kami , timbulnya pergolakan dalam negeri apabila baginda dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyatnya . Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid telah meninggal dunia telah disebut "Marhum Padang Saujana" (1697) . 

 Pada pandang sejarah , baginda akhirnya dituduh mewarisi perilaku songsang . Setelah Melaka jatuh ditangan portugis , baginda keturunan dari Raja Melaka telah melarikan diri . Semasa baginda kanak kanak , baginda di pangku atas takhtanya oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir Paduka Raja Tun Abdul Jamil . Pada pandangan kami , apabila baginda membesar dewasa , dan mengambil alih tampuk pemerintahan , yang berpidah dari Riau ke Johor Lama dan bermula lah bagunda memrintah dengan kezaliman . 







(lakaran Pemimpin Melaka)




Tuesday 8 September 2015

2.2 Kekuasaan kesultanan Johor .

2.2.1 Pentadbiran Empayar Johor 
 Sistem pentadbiran di Melaka masih digunakan lagi oleh Kesultana Johor . Pada pengetahuan kami , Yang di-Pertuan adalah kuasa pemerintahan yang tinggi yang di anggap Sultan . Selain itu , sultan di bantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati sultan . Bendahara , Laksamana , Temenggong , Syahbandar dan Seri Bija Diraja adalah ahli malis tersebut . Pada kurun 18 , Bendahara tinggal di Pahang . Selain itu , temenggong menetap di johor , Teluk Belanga , sinagapura , Mereka perlu memainkan peranan untuk mentadbir kawasan yang sudah diberikan oleh sultan. Hal demikian empayar johor perlu dipecahkan . Pada pengethuan sejarah kami , empayar johor akan terbahagikan kepada empat wilayah , pegangangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu .
 Wilayah Muar , di bawah raja temengong muar . Selain itu , Pahang dibawah kuasa Bendahara Johor , Riau dibawah kuasa Yang di Pertuan Muda .Akhir sekali , tanah besar johor dan singapura dibawah temenggong johor . Pada pengetahuan kami , sultan hanya berkuasa pada kepulauan di kawasan Lingga sahaja . Sultan bersemayam di Pulau Lingga dan seleluruh empayar di ketuai oleh sultan .Pihak yang berkenaan sahaja perlu melaporkan kepada sultan iaitu semua orang kaya kecuali kecuali Raja Temenggong Muar . Raja Temenggong Muar , adalah berdaulat dan di akui oleh sultan kerana muar adalah jajahan kurnian kepada sultan kepada pembesar yang bergelar oleh dato pasir raja . Akhirnya , Muar di ambil oleh sultan abu bakar . Dalam masa itu , ada bersyarat , perlu dibayar pencen kepada pewaris raja  temenggong muar buat selama lamaya . 


Sunday 6 September 2015


2.2.2 Pengaruh empayar johor 

  Pengaruh empayar Johor pada zaman dahulu amat luas . Kesultanan melayu melaka yang menggantikan sebagai kesultanan . Disebabkan itu pengaruh wilayah meliputi di seluruh wilayah selatan , selatan-timur sumetara dan kepulauan Riau dan di sekitarnya . Antaranya, pahang , johor darat , sayong pinang , kota kara , seluyut , johor lama , batu sawar , kota tinggi , kepulauan Riau dan Lingga termasuk dalam empayar johor . Akhirnya beralih kepada dengan kelahiran kesultanan johor moden di Tanjung Puteri , yang dikenali sebagai Johor Moden .

Faktor-faktor yang mempengaruhi Empayar Di Johor 

Kedudukan strategik 

Tapak ibu kota johor yang terletak di sepanjang sungai johor merupakan kawasan yang startegik bagi persinggahan pedagangan-pedagangan dari timur dan barat.sungai johor juga merupakan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang 

Sungai yang lebar

ibu kota johor lama muncul sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa sehingga menyaingi pelabuhan aceh dan melaka (yang pada waktu ini cuba dibangunkan oleh portugis ) pada abad ke-16 dan ke-17 masihi walaupon ibu kota kerajaan ini telah berpindah beberapa kali dalam tempoh tersebut

kemudahan gudang sistem perdagangan yang tersusun

johor menyediakan prasarana yang seperti gudang dan pasar.pasaran yang baik turut melancarkan aktiviti perdagangan.catatan penulis barat bertarikh 1703M ada mengatakan pelabuhan johor yang berpusat di panchur pada waktu itu menpunyai kemudahan dan membaiki kapal-kapal dagangan .pada tahun 1706M dilaporkan bahawa johir telah membuka tiga buah bengkel membaiki kapal .

persahabatan dengan belanda

pelabuhan johor juga mendapat faedah melalui persahabatan mereka dengan belanda.mendapat pelindungan keselamatan daripada belanda .

peranan orang laut

mempengaruhi kepesatan perdagangan di johor.tenaga mereka banyak memanfaatkan di perlabuhan dan di gudang-gudang.Berperanan dalam kententeraan,pendayung dan pembawa utusan raja orang laut juga menronda di perairan johor dan menguat kuasakan sistem kawalan belanda


Saturday 5 September 2015

BAB 3 : KEDATANGAN KUASA BARAT DAN KEJATUHAN KESULTANAN JOHOR LAMA

3.1 BELANDA DAN MELAKA
 Pada awal abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bermusuh dengan Portugis dan bersekutu diri dengan Johor. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Pieter Willemsz Verhoeff bagi pihak Belanda dan Bendahara Johor pada 1608. Akhirnya pada tahun 1641, pasukan Belanda dan Johor yang diketuai oleh Bendahara Skudai, mengalahkan Portugis. 

Pahlawan-pahlawan Melayu berjuang dengan berani dan berjaya membuka pintu-pintu Melaka. Dan Belanda kemudiannya menyelesaikan serangan Portugis selepas itu. Bagi Johor, kekalahan Portugis adalah penghormatan dipulihkan. Sebagai satu perjanjian dengan Johor pada 1606, Belanda menguasai Melaka dan bersetuju untuk tidak menuntut wilayah atau berperang dengan Johor. Melaka kemudiannya menjadi sebuah wilayah Belanda dan kekal begitu sehingga Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.

Friday 4 September 2015

3.2 PERJANJIAN ANGLO BELANDA
  Belanda adalah amat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan British ke atas Singapura berterusan sehingga tahun 1824, apabila mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda. Di bawah terma perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan sfera pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor ke Johor moden dan keadaan Riau-Lingga yang wujud de jure selepas penyingkiran Sultan terakhir Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa diketahui oleh golongan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan dengan itu legitimasinya dipersoalkan.

British berjaya mengenepikan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk memperoleh pengiktirafan undang-undang dalam bidang pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu. Kesahihan pengisytiharan Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diiktiraf oleh raja-raja Melayu dan gelaran beliau hanya  sebagai  nominal. 

Kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian berkembar antara dia dengan pengaruh Raja Ja'afar. Sementara itu, Sultan Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan pakaian diraja. Sultan Abdul Rahman, yang telah mengabdikan dirinya kepada agama, menjadi puas dengan pengaruh politik beliau di Lingga, di mana keluarganya terus mengekalkan isi rumah di bawah arahan pentadbiran Raja Jaafar yang memerintah di bawah naungan .

Thursday 3 September 2015

3.3 KEJATUHAN EMPAYAR JOHOR
   British yang bimbang kemudiannya memaksa perjanjian 1855 antara Temenggung Ibrahim dan Tengku Ali. Dalam pertukaran untuk pengakuan sebagai 'Sultan', Tengku Ali bersetuju untuk 'menyerahkan semua Johor'. Perjanjian itu hanya 'mengesahkan' Temenggung memegang kawasan pegangan  feudal beliau. Perjanjian ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Temenggung Ibrahim, sekutu utama mereka.

Bendahara Tun Ali dari Pahang ditanya oleh Sultan Mahmud Muzaffar mengenai perjanjian 1855. Dalam jawapannya, Bendahara menegaskan tentang Temenggung seharusnya bersumpah setia kepada baginda dan kelakuan Tengku Ali, Bendahara mendakwa tidak ambil maklum. Beliau juga mengulangi bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang perbincangan dengan Inggeris atau Belanda.

Belanda juga sangat bimbang. Ia seolah-olah bahawa Sultan bertindak sendiri dan tidak akan mendengar apa-apa dari Belanda yang dipengaruhi oleh Yam Tuan Muda Riau dan bangsawan Bugis. Ia meletus menjadi pertikaian terbuka antara Sultan Mahmud Muzaffar dan bangsawan Bugis atas perlantikan Yam Tuan Muda baru Riau. Calon pilihan Bugis juga merupakan pilihan Belanda. Sultan murka yang calon Yam Tuan Muda Riau disokong oleh kuasa asing. Ia menyebabkan kebuntuan bahawa Sultan belayar ke Singapura untuk menyejukkan diri. Ia adalah semasa lawatan Singapura bahawa Sultan terakhir yang besar Empayar Johor telah dipecat oleh bangsawan Bugis pada tahun 1857.

Wednesday 2 September 2015

Bab 4 : Keadaan dan Khazanah Muzium Kota Johor Lama

4.1. Keadaan muzium Kota Johor Lama


       Pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Syah II(Sultan Johor Kedua 1528-1564). Baginda telah membina sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudiannya ditambak dengan tanah yang kini dikenali sebagai Kota Johor Lama. Salah satu batu yang digunakan adalah batu karang yang diambil dari dasar laut. Binaan kubu ini dikatakan sangat kukuh hingga tak boleh pecah walaupun terkena peluru meriam.

     
    Mengikut kajian kami , Muzium Kota Johor Lama merupakan sebuah muzium yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan). Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Muzium ini mula dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007. Selain itu , kami mendapati rekabentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional. Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dibangunkan secara 'insitu' di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting dalam perkembangan sejarah negara.




        Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Selain itu , episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor.


     Kumpulan kami membuat rujukan dan mendapati ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada beberapa segmen bermula dengan pengenalan Kota Johor Lama sehinggalah kajian-kajian arkeologi yang telah dijalankan di dalam kawasan kota ini oleh penyelidik tempatan dan luar negara. Hal ini , dapat meningkatkatkan semangat patriotisme kepada semua rakyat , bangsa dan negara.



 










Tuesday 1 September 2015


4.2 Khazanah dan peninggalan sejarah di dalam muzium Kota Johor Lama
  • Koleksi Arkeologi 
  • Koleksi Etnologi 
  • Koleksi Spesimen Alam Semulajadi
       Tidak semua orang mampu berkorban untuk negara demi menegakkan keadilan . Yang membuat kami teruja apabila kami mendapati tembikar-tembikar lama dengan ukiran yang unik dan kratif juga dipamerkan di situ . Ukiran-ukiran itu juga dapat menunjukkan bahawa ilmu kesenian ini telah lahir sejak dahulu lagi . Terdapat juga barang bangsawan dahulu juga disimpan di dalam muzium dan dipamerkan agar semua orang dapat mengetahui setiap fungsi barangan itu.  Bagi kami , perjuangan tokoh-tokoh dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri . Peristiwa itu dapat meningkatkan kecintaan kepada negara .



      Ia menyimpan pelbagai koleksi bagi tujuan pemeliharan, penyelidikan dan pendidikan tentang kepelbagaian artifak dan spesimen signifikan . Koleksi Muzium Kota Johor Lama meliputi:
   Kami mendapati di dalamnya terdapat pelbagai barangan antik yang jarang dijumpai di sekeliling kita.Kami mendapati ia sangat unik kerana pemikiran kreatif orang zaman dulu perlu diambil sebagai idola. Terdapat gambar-gambar pejuang pada zaman dahulu yang sangat disegani atas pergorbanan beliau.Semua yg datang berkunjung akan lebih mengenali beliau dan pengorbanan yang telah dilakukan.