Sunday 13 September 2015

  1 PENGENALAN
Assalamualaikum , kami pelajar dari Politeknik Merlimau Melaka , Jabatan Kejuruteraan Elektrik , Program DEP1A akan menyiapkan satu blogger yang berkaitan sejarah malaysia iatu Muzium Kota Johor lama.Blogger ini diwujudkan untuk kerja khusus ,pengajian malaysia dengan pensyarah Puan Marhayu binti abdul jamai .        Di samping itu , pelbagai tujuan mewujudkan satu blogger ini . Hal ini dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri . Pelbagai kisah dan sejarah menarik akan di kemaskinikan di blogger kami . Dari semasa ke semasa kami akan mengemaskinikan blogger . Di harap anda semua memberi kami sokongan .


  blogger ini kami telah memilih tajuk muzium kota lama johor sebab muzium tersebut dapat memberi maklumat dan gambaran yang jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor.

Saturday 12 September 2015

1.1 OBJEKTIF : 

1. Mengetahui sejarah yang berkaitan dengan latar belakang kota dan asal usul johor .
 2. Membincangkan kisah tokoh kota johor lama yang menjadi pengasas kota johor lama .
3. Menerangkan tentang kejatuhan empayar johor pada zaman dahulu .
4. Membincangkan hal keadaan dan khazanah pada zaman dahulu di Muzium kota johor lama .
5. Menerangkan kesan kesan patriotisme kepada golong remaja , masyarakat dan negara




Friday 11 September 2015

ISI KANDUNGAN : 


BAB 1 : SEJARAH KOTA JOHOR LAMA 

 1.1 LATAR BELAKANG :

 Kota Johor Lama terletak tepi sungai johor dan menghadap ke laut china selatan . Selepas tewas di tangan di portugis pada tahun 1511 . Kota ini adalah pusat pemerintahan yang awal di bina . Ini kerana menggantikan Melaka yang telah di takluk . Mengikut cerita sejarah , kota ini telah di bina pada tahun 1540 oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II . Putera kepada Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka yang terakhir . 


  Sebeleum kota ini di bina , baginda mendahulukan pusat pemerintahan di kota kara . Sayangnya tidak bertahan lama kerana sering diganggu dan di serang oleh portugis dari Melaka . Lokasi kota kara tidak jauh dari kota kara . 



KUBU KOTA JOHOR LAMA 

Gambar diatas adalah kubu pertahanan . Pada pandangan kami , kubu ini di bina bertujuan untuk peperangan yang berlaku . Menurut ceritanya ,kampung makam pada kurun ke 17 , adalah pusat pemerintahan kerajaan melayu Johor-Riau . Sedangkan pada kurun ke 16 , merupakan pusat pemerintahan kerajaan melayu Johor-Riau selepas Melaka tewas di tangan portugis .

 Pada pengetahuan kami , pada tahun 1511 melaka di tewaskan oleh portugis .
Sultan Mahmud Syah adalah merupakan sultan melayu terakhir telah berundur dan membuka beberapa tempat pusat pemerintahan . Pandangan kami terhadap sejarah tersebut , baginda dan pengikutnya terpaksa berpindah kerana sering di serang oleh Portugis . Di samping itu , pusat pemerintahan  yang telah di bina di musnahkan dan di bakar oleh Portugis . Mengikut pandangan kami , ini kerana pembalasan raja melayu yang tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat yang setia .




Pada pandangan kami , Sultan Mahmud Syah telah memerintah sebuah empayar yang cukup terkenal di alam Melayu . Akibat kezalimannya , terhadap rakyatnya , akhirnya baginda telah terima balasan yang termaktub dalam waadat antara sang sapurba dengan demang lebar daun . Menurut lagi baginda bagaikan hilang negeri selain itu tak ubah seperti pelarian , kerana berlari merata tempat kerana ingin mengelak daripada di kejar oleh tentera portugis . Akhir , baginda bersemanyam di kampar dan mangkat di situ . Mengikut kepercayaan , masih wujud makam baginda . 

  Setelah kemangkatan  Sultan Mahmud Syah , putera baginda yang bernama Raja Ali telah di tabalkan Sultan yang bergelar Sultan Alauddin Syah II .  Dari tahun 1928 - 1564 baginda memerintah . Menurut sejarah , setelah ditabalkan sebagai sultan , sultan Alauddin syah II , telah kembali ke johor . Pada tahun 1535 baginda telah membuka pusat pemerintahan di Kota Kara . Disebabka n beberapa masalah pusat pemerintahnya telah bepindah ke kota johor lama .

  Tentera Acheh telah menyerang kota tersebut pada 1564 .Angkara serangan yang hebat , tentera johor tewas dan Sultan Alauddin Syah telah ditawan dan dibawa ke Acheh . Baginda tamat pada tahun yang sama . Selepas kemangkatan baginda , putera baginda mengambil alih dan bergelar Sultan Muzaffar Syah II . Pada pengetahuan kami , baginda telah membina pusat pemerintahan di Seluyud . Ketika pusat pemerintahan Sultan Ali Jallah Abdul Jalil Syah pada tahun 1571-1597 kota johor lama telah kembali menjadi pusat pemerintahan . Padangan kami , baginda berusaha untuk memperkukuhkan pusat pemerintahan daripada di serang portugis mahupun Acheh .

 Pada tahun 1587 , tentera portugis telah melancarkan serangan besar besaran di Melaka .  Pada pendapat kami , lebih kurang sebulan kota ini di kepong .
Akhirnya menyerah kalah dan berundur . Portugis tidak pernah mengalah . Setelah kota berjaya di tawan , portugis musnahkan tempat tersebut . 







Thursday 10 September 2015



1.2 ASAL USUL JOHOR LAMA   

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Pada pengetahuan kami,Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Kini, Johor merupakan salah satu negeri yang membangun dan maju di malaysia kerana ia bersempadan dengan Melaka, Pahang dan Singapura.

Wednesday 9 September 2015

BAB 2 : Tokoh Muzium Kota Johor Lama 

2.1 Pengasas Kota Johor Lama
  Dalam sejarah kota johor lama sudah tentu ada tokoh yang mewujudkan pusat pemerintahan . Dalam sejarah ini kami mengambil tokoh SULTAN MAHMUD SYAH II . Pada pandangan kami terhadap tokoh sejarah tersebut , baginda adalah telah berusaha untuk mendiri satu empayar dan pusat pemerintahan yang gah . 
 
 Sultan Mahmud Syah ialah Raja Mahmud , itu adalah nama asal baginda . Baginda ialah sultan johor yang ke 10 . Bagnda memerintah pada tahun 1685 - 1699 . Pada usia 10 tahun bagimda telah ditabalkan . Pada pengetahuan sejarah kami , baginda ialah keturunan terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Syah II iatu raja pertama yang membuka johor lama pada tahun 1530  .
 
 Dari sudut pemerintahan , ketika hayat baginda , bendahara telah menguruskan urusan pentadbiran . Pada pandangan kami , pusat pemerintahan di kota tinggi dan di johor telah dijadikan istana hinggap . Pada pengetahuan kami , timbulnya pergolakan dalam negeri apabila baginda dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyatnya . Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid telah meninggal dunia telah disebut "Marhum Padang Saujana" (1697) . 

 Pada pandang sejarah , baginda akhirnya dituduh mewarisi perilaku songsang . Setelah Melaka jatuh ditangan portugis , baginda keturunan dari Raja Melaka telah melarikan diri . Semasa baginda kanak kanak , baginda di pangku atas takhtanya oleh ibu tirinya dan kerajaan ditadbir Paduka Raja Tun Abdul Jamil . Pada pandangan kami , apabila baginda membesar dewasa , dan mengambil alih tampuk pemerintahan , yang berpidah dari Riau ke Johor Lama dan bermula lah bagunda memrintah dengan kezaliman . 







(lakaran Pemimpin Melaka)




Tuesday 8 September 2015

2.2 Kekuasaan kesultanan Johor .

2.2.1 Pentadbiran Empayar Johor 
 Sistem pentadbiran di Melaka masih digunakan lagi oleh Kesultana Johor . Pada pengetahuan kami , Yang di-Pertuan adalah kuasa pemerintahan yang tinggi yang di anggap Sultan . Selain itu , sultan di bantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati sultan . Bendahara , Laksamana , Temenggong , Syahbandar dan Seri Bija Diraja adalah ahli malis tersebut . Pada kurun 18 , Bendahara tinggal di Pahang . Selain itu , temenggong menetap di johor , Teluk Belanga , sinagapura , Mereka perlu memainkan peranan untuk mentadbir kawasan yang sudah diberikan oleh sultan. Hal demikian empayar johor perlu dipecahkan . Pada pengethuan sejarah kami , empayar johor akan terbahagikan kepada empat wilayah , pegangangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu .
 Wilayah Muar , di bawah raja temengong muar . Selain itu , Pahang dibawah kuasa Bendahara Johor , Riau dibawah kuasa Yang di Pertuan Muda .Akhir sekali , tanah besar johor dan singapura dibawah temenggong johor . Pada pengetahuan kami , sultan hanya berkuasa pada kepulauan di kawasan Lingga sahaja . Sultan bersemayam di Pulau Lingga dan seleluruh empayar di ketuai oleh sultan .Pihak yang berkenaan sahaja perlu melaporkan kepada sultan iaitu semua orang kaya kecuali kecuali Raja Temenggong Muar . Raja Temenggong Muar , adalah berdaulat dan di akui oleh sultan kerana muar adalah jajahan kurnian kepada sultan kepada pembesar yang bergelar oleh dato pasir raja . Akhirnya , Muar di ambil oleh sultan abu bakar . Dalam masa itu , ada bersyarat , perlu dibayar pencen kepada pewaris raja  temenggong muar buat selama lamaya . 


Sunday 6 September 2015


2.2.2 Pengaruh empayar johor 

  Pengaruh empayar Johor pada zaman dahulu amat luas . Kesultanan melayu melaka yang menggantikan sebagai kesultanan . Disebabkan itu pengaruh wilayah meliputi di seluruh wilayah selatan , selatan-timur sumetara dan kepulauan Riau dan di sekitarnya . Antaranya, pahang , johor darat , sayong pinang , kota kara , seluyut , johor lama , batu sawar , kota tinggi , kepulauan Riau dan Lingga termasuk dalam empayar johor . Akhirnya beralih kepada dengan kelahiran kesultanan johor moden di Tanjung Puteri , yang dikenali sebagai Johor Moden .

Faktor-faktor yang mempengaruhi Empayar Di Johor 

Kedudukan strategik 

Tapak ibu kota johor yang terletak di sepanjang sungai johor merupakan kawasan yang startegik bagi persinggahan pedagangan-pedagangan dari timur dan barat.sungai johor juga merupakan tempat pertembungan angin monsun dan terlindung daripada angin kencang 

Sungai yang lebar

ibu kota johor lama muncul sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa sehingga menyaingi pelabuhan aceh dan melaka (yang pada waktu ini cuba dibangunkan oleh portugis ) pada abad ke-16 dan ke-17 masihi walaupon ibu kota kerajaan ini telah berpindah beberapa kali dalam tempoh tersebut

kemudahan gudang sistem perdagangan yang tersusun

johor menyediakan prasarana yang seperti gudang dan pasar.pasaran yang baik turut melancarkan aktiviti perdagangan.catatan penulis barat bertarikh 1703M ada mengatakan pelabuhan johor yang berpusat di panchur pada waktu itu menpunyai kemudahan dan membaiki kapal-kapal dagangan .pada tahun 1706M dilaporkan bahawa johir telah membuka tiga buah bengkel membaiki kapal .

persahabatan dengan belanda

pelabuhan johor juga mendapat faedah melalui persahabatan mereka dengan belanda.mendapat pelindungan keselamatan daripada belanda .

peranan orang laut

mempengaruhi kepesatan perdagangan di johor.tenaga mereka banyak memanfaatkan di perlabuhan dan di gudang-gudang.Berperanan dalam kententeraan,pendayung dan pembawa utusan raja orang laut juga menronda di perairan johor dan menguat kuasakan sistem kawalan belanda