Sunday 30 August 2015

Bab 5 :Kesan daripada sejarah muzium kota johor lama kepada :



5.1 Individu 
     Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan individu terutamanya individu intelek yang beria-ria untuk mendalami kepelbagaian disiplin ilmu pengetahuan seterusnya dalam bentuk bercetak . Setiap individu perlu membuka minda dengan lebih luas bahawa betapa susahnya tokoh-tokoh ingin mendapatkan kemerdekaan dengan melawan musuh-musuh tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri sama juga dengan keadaan muzium kota johor lama , tokoh-tokoh terdahulu membina kubu untuk mengelakkan musuh membuat serangan terhadap kota johor lama.



       Sebagai manusia , kita mesti mengetahui keupayaan diri sendiri . Setiap manusia diberi kelebihan tanpa disedari . Oleh itu , kelebihan itu perlu dicungkil dan diasah agar lebih berkilau dan dapat digunakan bagi masa hadapan .  Selain itu , dapat menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secar kolektif dan satu generasi ke generasi akan berlakunya proses pembudayaan.Meningkatkan daya pemikiran setiap individu bahawasanya mempertahankan negara itu penting . Kita perlu tanamkan sifat patriotisme dalam diri untuk menaikkan lagi prestij negara dan bukan di dalam takuk yang lama sahaja .

No comments:

Post a Comment