Monday 31 August 2015




 Sedikit video yang inigin dikongsi untuk semua pembaca blogger .  Video ini mencerita serba sedikit tentang Muzium Kota Johor Lama . Dengan video ini , pembaca semua dapat mengetahui sejarah muzium tersebut . Hal ini , dapat meningkat semangat patriotik dalam diri . Selain itu , dapat memberi kesedaran bahawa sejarah dahulu adalah penting dalam diri , masyarakat dan negara. 
 Ini kerana , dapat memainkan peranan dalam diri supaya menjadi lebih baik . Selain itu , dapat memberi kesan terhadap negara .

   Dalam kalangan pelajar juga penting mengetahui sejarah malaysia . Dalam masa yang sama , boleh meningkatkan semangat patriotisme mereka . Sebagai pelajar , penting untuk mengetahui tentang sejarah dahulu . Di samping itu , dapat meningkatkan akhlak kita . Jika kita mengerti apa itu kemerdekaan . Selain daripada itu ,  semangat patriotisme dapat memberi kesedaran terhadap diri setiap individu . 

 Sebagai penduduk warganegara , pentingnya semangat patriotik kepada negara amatla penting . Ini kerana bertujuan untuk menghargai kemerdekaan yang di kecapi selama ini . Sebagai rakyat sejati perlu la menjaga keharmonian negara . Bertujuan kepentingan negara untuk masa hadapan agar kemerdekaan terus di kecapi .






Sunday 30 August 2015

Bab 5 :Kesan daripada sejarah muzium kota johor lama kepada :



5.1 Individu 
     Sejarah dikatakan penting bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan individu terutamanya individu intelek yang beria-ria untuk mendalami kepelbagaian disiplin ilmu pengetahuan seterusnya dalam bentuk bercetak . Setiap individu perlu membuka minda dengan lebih luas bahawa betapa susahnya tokoh-tokoh ingin mendapatkan kemerdekaan dengan melawan musuh-musuh tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri sama juga dengan keadaan muzium kota johor lama , tokoh-tokoh terdahulu membina kubu untuk mengelakkan musuh membuat serangan terhadap kota johor lama.



       Sebagai manusia , kita mesti mengetahui keupayaan diri sendiri . Setiap manusia diberi kelebihan tanpa disedari . Oleh itu , kelebihan itu perlu dicungkil dan diasah agar lebih berkilau dan dapat digunakan bagi masa hadapan .  Selain itu , dapat menyimpan dan meneruskan pengalaman-pengalaman secar kolektif dan satu generasi ke generasi akan berlakunya proses pembudayaan.Meningkatkan daya pemikiran setiap individu bahawasanya mempertahankan negara itu penting . Kita perlu tanamkan sifat patriotisme dalam diri untuk menaikkan lagi prestij negara dan bukan di dalam takuk yang lama sahaja .

Saturday 29 August 2015

5.2 Masyarakat

      Seterusnya , masyarakat berbilang bangsa dapat mengenali barang-barang sejarah serta tokoh-tokoh yang berani mati bagi mempertahankan negeri sendiri . Oleh itu, dapat menjadikan bangsa yang teguh berdiri dan mempunyai jati diri yang tinggi apabila berhadapan dengan musuh. Walaupun kita mempunyai struktur dan kelengkapan untuk menjadi sebuah negara , kita masih berusaha ke arah membina kenegaraan "Rasa kekitaan dan menghargai perbezaan dan persamaan perlu wujud dalam jiwa setiap rakyat sebelum kita menjadi sebuah negara.       Selain itu , tidak berasa gentar walaupun dicabar bagi menunjukkan akan kecintaannya pada negara . Masyarakat akan bersatu padu demi keamanan dan kesejahteraan negara. Pengetahuan dalam mata pelajaran kemanusiaan seperti sejarah , falsafah , kesusteraan , dan mata pelajaran sains kemasyrakatan.


Friday 28 August 2015

5.3 Negara

        Antara kesan terhadap negara ialah negara akan bertambah maju sekiranya rakyat bersatu padu mempertahankan negara sendiri . Selain itu, penemuan tembikar dan barangan lama dapat meningkatkan taraf pemodenan negara . Kita mestilah sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara Malaysia itu ,kita hendaklah berganding bahu  membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan Negara dan mengharumkan nama negara Malaysia.

     Negara lebih aman dan maju apabila rakyatnya mempunyai sifat patriotisme dan cinta akan negara setelah mengetahui tentang sejarah yang telah pelajari ini.Oleh itu , negara Malaysia tidak ada pemusuhan antara negara lain apabila mempunyai hubungan diplomatik yang baik . Menjalankan hal perniagaan dengan negara luar bagi meningkatkan ekonomi negara serta menaikkan taraf negara Malaysia di pelusuk dunia.

Thursday 27 August 2015

5.4 Remaja

     Di samping itu, menanamkan sifat rasional dan inovatif dalam setiap remaja di negara kita . Oleh itu, dengan penemuan yang sebegitu dapat meningkatkan lagi daya pemikiran remaja untuk menjadi waris negara . Sebagai generasi muda, tidak seharusnya terikut arus pemodenan secara membuta tuli. Sebaliknya perlu menyedari dan memahami bagaimana kita sampai kepada kedudukan sekarang. Jika ini dapat difahami secara jelas oleh generasi muda maka akan terbina semangat patriotisme yang membara di dalam sanubari mereka.

      Dengan peninggalan sejarah , sikap mempertahankan negara akan lebih membuak dalam diri seseorang remaja setelah mengetahui pengorbanan  tokoh-tokoh yang memperjuangkan Kota Johor Lama . Pada pendapat kami ,  kealpaan dalam memahami sejarah negara boleh mengundang “malapetaka” kerana generasi yang membesar tanpa pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah tanah airnya akan kehilangan jati diri dan semangat patriotisme. Ini sekali gus boleh meletakkan pembinaan negara bangsa umpama ‘sarang labah-labah’ yang rapuh serta senang dimusnahkan oleh musuh. Setelah mengetahui sejarah muzium kota johor lama ini , ia dapat mentransformasikan negara dan meningkatkan patriotisme dalam diri .

Wednesday 26 August 2015


 Video di atas mengandungi khanzanah dan peninggalan sejarah padan zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah . Dalam vedio dapat memberi kita serba sedikit kesan terhadap diri agar semangat kecintaan negara meningkat dalam setipa individu . Tanpa sejarah dahulu siapakah kita pada masa kini . Sebagai Rakyat Malaysia perlu menghormati negara , sultan . Dengan peninggalan sejarah pada zaman dahulu dapat kita pelajari daripada sejarah tersebut . Ini semua kerana kita dapat pelbagai faedah dan kebaikan dalam aspek ekonomi , sosial , politik ,

 Hal ini , pada zaman kini tiada lagi khazanah yang berharga dan bermakna . Pada ketika ini juga , semua golongan seperti remaja , masyarakat dan negara , ada juga yang kurang seamangat patriotisme . Hal ini bertujuan , dengan kita melawati muzium kota johor lama dengan mengahayati sejarah lama . Terutamanya , kepada golongan remaja seharusnya melawati muzium tersebut . Biarlah mereka melihat pada zaman dahulu sejarah . Dengan itu , dapat meningkat semangat patriotisme terhadap setiap individu . 



Tuesday 25 August 2015

Kesimpulan

   Pelbagai faedah kita memperolehi daripada sejarah muzium kota johor lama . Selain itu dapat mempertingkatkan pengetahuan sejarah dalam diri agar kita tahu sejarah dahulu . Sejarah melambangkan kebanggaan masing masing .Ini kerana pada zaman kini , golongan remaja adanya yang kurang mengerti apa itu kemerdekaan . Hal ini , dengan adanya wujudnya Muzium Kota Johor Lama boleh menghargai sejarah pada zaman dahulu dan mempertingkatkan semangat kemerdekaan lagi .
   Di samping itu , dapat melihat peninggalan khazanah pada zaman tersebut di muzium kota johor lama . Sehubungan itu , dapat kenali siapa tokoh yang memberi sumbangan kepadanegara. Justeru , dapat menghargai jasa jasa tokoh yang memperjuangkan kota johor lama . Hal ini dapat menghargai ketokohan negara kepada rakyat malaysia .

 Akhir sekali , dapat memberi kesan kepada individu , masyarakat dan negara yang positif . Hal ini bertujuan untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni . Justeru , dapat membangunkan modal insan yang berjiwa kemerdekann atau patriotik . Selain itu , dapat meningkatkan sahsiah diri dari pelbagai segi .






Monday 24 August 2015

Rujukan


  • BesiWaja.blogspot.com
  • jmm.gov.my
  • kompleks sejrah kota johor lama
  • sejarah johor wikipedia